Thursday, December 13, 2012

keputusan PSPM





kisah nya begini
pada 11/12/12
keputusan pspm tu diumunkan
orang HEP (hal ehwal pelajar) cakap keputusan pspm ada pada mentor kitorang
dan keputusan akan diberi pada pukul 4 petang


aku macam "whatever"
tapi sebenarnya aku takut la juga


maka dengan itu sepanjang hari budak kelas aku tak boleh nak duduk diam
muka semua risau memanjang
lagi lagi si azwa

masa kuliah pukul 330
semua orang dalam kuliah dah start bising
bunyi mengeluh
bunyi macam ketakutan
macam macam ada
bunyi menguap pun ada

aku buat muka tak tahu je
sebab aku tak expect tinggi tinggi
aku expect dalam 2.80 je pointer aku
so aku tak la rasa kecewa kalau dapat rendah


lepas kuliah abis
lagi kuat dengar bunyi budak budak mengeluh
aku diam je biar kan dorang bising
lepas tu budak kelas aku pun keluar
pergi kat dataran

gambar sekadar hiasan (bunyi mcam dalam gambar majalah) haha

sempat jugak kitorang tangkap gambar
tapi bukan gambar yang atas ni
ni gambar lama

punya la dekat 15 minit kitorang tunggu akmal (ketua)
rupa rupanya dia bukan pergi ambik keputusan kat mr chong
dia pergi hantar report rupanya
hangit betul

lepas tu baru la kitorang beramai ramai pergi pejabat mr.chong
semua muka dah macam ayam berak kapur je

aku berdiri kat belakang mr.chong
lepas tu mr.chong bukak envelope keputusan kitorang
aku nampak nama aku atas sekali
aku nak ambik kertas tu
mr.chong tak bagi

lepas tu dia pun tgk keputusan aku
dia cakap congrat
aku pun mcm "ok"

pastu aku tengok  la keputusan aku
3.93
eh salah tengok ni
betul la 3.93
aku tak caye
aku tengok nama kat kertas tu balik
dia tulis
NUR LIYANA BINTI JOHARI

hurm ni pelik ni.
aku cakap dengan kawan aku
betul ke ni weh?
ke aku salah tengok?
dia cakap betul la.

mak ai!
bia betul!
tak caye aku!
aku dapat 
3.93!



wahahahahahahahaha!

(gelak besar punya besar)

aku berjaya!
hoyeah!




gila la
rasa macam aku mimpi je.

even hari ni dah hari khamis.
aku still rasa macam aku mimpi


akhirnya aku berjaya juga dapat hampir2 dengan 4.00
tapi kira sgt bersyukur dapat 3.93 
thank you allah 

No comments:

Post a Comment